Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

KEPERLUAN & REVIEW Produk Kucing (@nanamie95)

Imej
Barang Kucing yang TERBAIK tapi BAJET Salam Geng Nanamie! Comel kan kucing? Kami ni suka betul dengan kucing. Di rumah ada dua ekor hero (Joy dan Ustaz). Dua-dua nakal. Hahahaha. Sabo ja la. Kami nak share sikit barangan keperluan yang kami guna dan pernah guna untuk dua ekor hero ni.  Keperluan Antara barang keperluan bulanan untuk bela kucing adalah: pasir kucing, makanan kering, makanan basah, vitamin, ubat cacing (3 bulan) dan shampoo Bajet bulanan kami adalah RM150 untuk dua ekor kucing lingkungan umur 6 bulan - 1 tahun) . Sebelum ini kami beli barangan keperluan kucing yang PALING MURAH sahaja. Tapi rupanya bukan semua barang sesuai untuk kami dan kucing-kucing kami.  Pasir kucing Penting untuk kami mencari jenis pasir yang sesuai dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Dua produk ini antara yang selalu kami gunakan. Van Cat Super Premium Cat Litter (Marseille Soap) - Produk ini amat jimat kerana hanya berharga Rm24 untuk 10kg. Baunya yang harum dan memudahkan proses pen...