KEPERLUAN & REVIEW Produk Kucing (@nanamie95)

Barang Kucing yang TERBAIK tapi BAJET

Salam Geng Nanamie! Comel kan kucing? Kami ni suka betul dengan kucing. Di rumah ada dua ekor hero (Joy dan Ustaz). Dua-dua nakal. Hahahaha. Sabo ja la. Kami nak share sikit barangan keperluan yang kami guna dan pernah guna untuk dua ekor hero ni. 

Keperluan

Antara barang keperluan bulanan untuk bela kucing adalah:
pasir kucing, makanan kering, makanan basah, vitamin, ubat cacing (3 bulan) dan shampoo
Bajet bulanan kami adalah RM150 untuk dua ekor kucing lingkungan umur 6 bulan - 1 tahun). Sebelum ini kami beli barangan keperluan kucing yang PALING MURAH sahaja. Tapi rupanya bukan semua barang sesuai untuk kami dan kucing-kucing kami. 

Pasir kucing

Penting untuk kami mencari jenis pasir yang sesuai dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Dua produk ini antara yang selalu kami gunakan.

Van Cat Super Premium Cat Litter (Marseille Soap) - Produk ini amat jimat kerana hanya berharga Rm24 untuk 10kg. Baunya yang harum dan memudahkan proses pengambilan sisa najis kucing menyebabkan kami kekal menggunakan produk ini. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, produk ini semakin susah dicari dan kedai haiwan yang selalu kami beli kerap kehabisan stok. 

Ren Kat Premium Bentonite Cat Litter (Apple) - Selepas tukar kepada produk ini, benda pertama yang kami perhatikan adalah adakah produk ini memudahkan proses pengambilan sisa najis kucing? Jawapannya adalah ya. Malah lebih baik berbanding Van Cat. Pasir yang terus bergumpal pada najis memudahkan proses mengambil serta mengasingkan pasir dan najis.  




Vitamin & Yeast

CM Nutrivet Brewer Yeast - Kami cuba bagi produk ini semenjak kucing kami mempunyai masalah bulu gugur. Kesannya ambil masa 1 bulan lebih juga. Tetapi perlahan-lahan bulu kucing kami tidak tampak kusam dan kurang sedikit masalah gugurnya. Selera makan mereka turut bertambah. 

Ubat Cacing

Kami bagi separuh biji selang 3 - 4 bulan. Ubat cacing ini kami beli 1 biji sahaja di kedai haiwan berdekatan rumah kami. 

Shampoo

Dr.Pet - Shampoo ini hanya bertahan 1-2 hari sahaja bau pada bulu kucing kami. Lagipun bau shampoo ini agak kuat menyebabkan kami agak kurang selesa.

Max Care Cutie Cat dengan Vitamin E - Shampoo ini terdapat campuran vitamin E yang bagus untuk bulu kucing agar ianya sentiasa bersinar dan sihat. Dari segi bau, ianya tidak sekuat Dr.Pets dan tahan 1-3 hari sahaja.


Makanan kucing

Topik ni sangat rumit. Sebagai tuan pada kucing, kita kena pastikan makanan yang kucing kita suka dan tidak suka makan. Selain itu, kita juga kena tahu kesan makanan yang telah kita berikan pada tahap kesihatan kucing kita. 
Antara soalan lazim yang kerap ditanya:
1. Adakah berlaku perbezaan personaliti pada kucing?
2. Adakah bulu kucing semakin banyak yang gugur?
3. Adakah terdapat bintik-bintik merah atau bengkak pada mulut atau mata kucing?

Macam kami, Joy jenis tidak memilih makanannya. Tetapi Ustaz suka makan makanan daripada 'tuna' tetapi tidak suka 'makanan laut'. Terdapat beberapa jenama makanan yang telah kami belikan dan syukur senarai di bawah ini adalah pilihan yang terbaik buat mereka.

Makanan kering

Prodiet - Selera makan kucing kami biasa sahaja apabila menggunakan produk ini. Pada awalnya, selera kucing kami agak baik dan tampak lebih suka Prodiet berbanding makanan kucing murah di kedai runcit. Review netizen pula mengatakan produk ini antara produk bajet yang boleh diberikan pada kucing kita. 


Power Cat - Semasa buat research, kami dapati Powercat antara makanan kucing yang mempunyai review makanan yang amat menyakinkan. Kami cuba berikan pada kucing kami dan syukur Joy dan Ustaz memberikan reaksi yang amat mengembirakan kami. Selera makan mereka bertambah dengan sangat drastik. Kami terukan menggunakan Powercat sehingga kami di recommend produk makanan kering kucing salmon oleh pekerja kedai haiwan. 

Egocat Premium Salmon (Repack) - Salmon mempunyai minyak omega yang bagus untuk masalah gugur bulu. Syukur semasa proses penukaran dari Powercat kepada produk ini, kucing kami tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Sebaliknya, mereka menunjukkan selera makan yang sama seperti Powercat. 

Miko Cat Chicken & Tuna (Repack) - Untuk elak daripada kucing kami bosan dengan perasa Salmon, kami telah memberi produk repack 1kg perasa 'ayam dan tuna'. 



Makanan basah

Whiskas - Produk wet food pertama yang kami beli dalam bentuk pack sebelum tukar kepada tin. Joy dan Ustaz amat menggemari produk ini. Tetapi perisa 'makanan laut', macam biasa, Ustaz tidak suka. Bagi jimat kos, kami cuba versi tin, tetapi cepat kering kerana kami simpan dalam peti. Lagipun, selalu sanggup dua hero tu berlapar dan tak makan makanan ni sampai kena buang dan ganti dengan paket.  


Makanan Tin Prodiet, Powercat - Masalah yang sama dengan Whiskas versi tin. 

Morando Wet Food - Terdapat banyak perisa yang menarik. Kami yang excited nak bagi dengan kucing kami itu. Tetapi makanan ini cepat berubah bau walaupun kami simpan 1 hari dalam peti sejuk. Joy dan Ustaz tiada masalah untuk makan tetapi kami yang risau kerana baunya yang cepat berubah. 


 

Snappy Tom Wet Food - Antara wet food yang sesuai untuk kucing kami. Snappy Tom versi tin tidak cepat kering dan berubah bau seperti produk lain. 

Itu sahaja perkongsian kami. InsyaAllah kalau ada apa-apa lagi nanti, kami akan update. Huhu..

Hero - hero Kami!! Joy & Ustaz

Joy



Ustaz

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ALAMAK! Kad kena telan dengan mesin ATM. Nak buat apa? (@nanamie95)

Uncle Kentang "Kenapa Dipanggil Uncle Kentang?"