ALAMAK! Kad kena telan dengan mesin ATM. Nak buat apa? (@nanamie95)
Salam geng. Sihat?
STRESS?
Tak tahu nak buat apa kalau kad kena telan dengan mesin ATM?
Kalau tekan butan BATAL (merah) pada mesin ATM, kad keluar semula tak?
Kad kita akan terkeluar semula ka lepas beberapa jam?
Kalau orang curi maklumat atau duit macam mana?
Dah habis office hour / dah malam, bank tak buka. Macam mana nak laporkan?
Soalan-soalan ini yang ligat bermain dikepala saya. So nak buat macam mana ni?
JANGAN RISAU geng.
Ini caranya.
1. Cuba tekan butang BATAL (merah) pada mesin ATM. Tekan berterusan 2-3 kali berturut- turut. Kad korang mungkin akan keluar sekejap sebelum ditarik semula ke dalam mesin. Sambil tekan butang sambil tangan ready untuk tarik kad korang.
2. Kalau tak dapat, SEGERA hubungi bank bagi kad tersebut. Ini adalah antara no. customer servis yang korang boleh call. Free charge dan 24 jam. (Kalau tak silap ya)
Maybank: 1-300-88-6688
Ambank: 03-2178 8888
Bank Islam: 03-2690 0900
CIMB: 03-62047788
Muamalat: 03-2600 5500
Bank Rakyat: 1-300-80-5454
Public bank: 03-2179 5000
RHB: 03-9280 5933
3. Masukkan kod untuk KAD HILANG dan no. IC beserta #. Selepas itu kita perlu tunggu untuk bercakap dengan operator. Buat laporan kad kena telan dengan mesin. Maklumkan no kad yang telah ditelan (jika ingat) dan no mesin ATM yang kelaparan tu. Minta kad untuk disekat sebagai langkah keselamatan.
4. Bila bank korang dah buka, pergi dan maklumkan pada pegawai bahawa kad korang kena telan. Pegawai itu akan minta korang tunggu giliran.
DOKUMEN apa yang perlu dibawa? Hanya kad IC original.
Kad bank baru akan diberikan FREE dan korang akan set password korang sama ada di kaunter atau di mesin ATM. Selepas itu, kad tersebut boleh TERUS DIGUNAKAN seperti biasa. Alhamdullilah..
Itu sahaja perkongsian aku. Semoga membantu. Kongsi ilmu dengan keluarga atau member korang ya. Terima kasih. Cheers!

Sy baru td kna telan kad bak islam kna telan atm bsn
BalasPadamalhamdulillah berjaya dapat balik kad. trm kasih tips tekan batal berkali kali
BalasPadam