Ustaz Ebit Lew "0 KE HERO"

 Ustaz Ebit Lew

Adakah anda kenal siapakah Ebit Irawan bin Ibrahim Lew? Ya! Beliau adalah Ust Ebit Lew. Nama yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Tapi adakah anda tahu kisah hidup beliau?

Website: https://transformjiwa.com/

Instagram: https://www.instagram.com/ebitlew/?hl=en

Ust Ebit Lew telah berkongsi secara ringkas di IG beliau, kisah macam mana beliau bermula dari 0 ke hero. Beliau dari dulu lagi memang suka berkongsi dan bersedekah. Walaupun diri sendiri serba kekurangan, tetapi beliau sangat dermawan. Beliau berkongsi pengalaman tidur di masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil lagi beliau selalu berdakwah. Status mualaf bukan penghalang bagi beliau. Banyak org tak sudi mengambil beliau bekerja kerana penampilannya yang selekeh dan tak terurus. "Masa tu susah betul" katanya. Duit gajinya RM800 smuanya beliau bagi dengan mak beliau. 

Rezeki 

Beliau mula bekerja sebagai trainer dan motivator di program korporat teambuilding dgn Dato Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof. Hanim Mohd Tahir selama 4 tahun. Selepas mendapat keyakinan, beliau cuba melakukan sendiri dan syukur ada syarikat minyak dan kapal serta syarikat kerajaan yang sudi bekerjasama dengan beliau sehingga beliau membuat tour satu Malaysia. Beliau turut memceburi bidang perniagaan melalui tiga buah restoran "Paramount Coffee House" dan bercadang untuk mengembangkan francisenya itu ke seluruh Malaysia dan luar negara. Beliau turut membuka butik jubah dan menulis sembilan buah bestseller buku di samping mendapat pendapatan sampingan melalui Youtube dan Facebook. Dalam pada itu, beliau turut diberikan dua buah program TV di Astro Oasis dan TV al-hijrah. Beliau turut membuka pasaraya dengan harga barang runcit yang sangat murah yang bernama Elews Mart di Cyberjaya, Bangi dan Shah Alam. Sekarang, beliau antara insan terawal yang sanggup turun padang dan bersedekah sepanjang musim PKP dan banjir yang melanda negara kita sekarang ini. 

Nasihat

Nasihat beliau yang boleh kita ambil sebagai pegangan adalah sentiasa yakin dengan rezeki Allah. Tak rugi bersedekah walaupun kita susah. Sayangi ibu, isteri dan anak-anak serta jangan tinggal solat. Sayangi semua orang walaupun berbeza latar, kaum dan agama. Ingat,rezeki milik Allah dan bila-bila masa rezeki kita akan dapat ditarik.

Jom tonton #digitalart Ust Ebit Lew di channel NanaMie: https://youtu.be/MPjbJyYZu2M

Ust Ebit Lew "0 ke HERO"



Sumber




#ebitlew #islam #pkp #banjir #bantuan #malaysia


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ALAMAK! Kad kena telan dengan mesin ATM. Nak buat apa? (@nanamie95)

Uncle Kentang "Kenapa Dipanggil Uncle Kentang?"

KEPERLUAN & REVIEW Produk Kucing (@nanamie95)