Bro Firdaus Wong Sanggup Berhenti Kerja GAJI 5 ANGKA?

Bro Firdaus Wong Sanggup Berhenti Kerja Gaji 5 Angka Demi Agama?

Bro Firdaus Wong, seorang pendakwah bebas yang bijak, tegas dan lantang memperjuangkan hak-hak Islam dalam Malaysia. Sebelum kembali kepada fitrah beragama, Bro Firdaus Wong merupakan seorang yang beragama Buddha. Beliau boleh dikatakan seorang yang berjaya kerana mempunyai kerjaya yang memberikan sumber pendapatan berjumlah 5 angka.  Tetapi beliau sanggup lepaskan demi Islam. Kenapa? Dan adakah anda tahu kisah hidup beliau?  

Website: https://askislam.me/

Instagram: https://www.instagram.com/firdauswong/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/FirdausWongMRM/


Firdaus Wong Wai Hung dahulunya bukanlah seorang yang selalu memikirkan mengenai Tuhan. Tetapi suatu hari, terdetik dalam hati beliau untuk memikirkan soal tersebut. Beliau merasakan apa yang beliau  lakukan adalah salah dan alhamdulillah hidayah Allah telah tiba untuk  mengetuk jiwa beliau untuk mengenali apa itu Islam. Firdaus Wong telah memberanikan diri untuk bertanya mengenai Islam kepada salah seorang kenalan beliau yang beragama Islam. 


“Tuhan wujud tetapi tak nampak, seperti angin. Kita rasa angin tetapi tak dapat dilihat dan dipegang. Sedangkan angin yang Tuhan ciptakan pun kita tak nampak, apatah lagi Tuhan yang mencipta angin itu.”


Penjelasan yang beliau dapati biasa - biasa sahaja tetapi sangat logik dan dapat diterima oleh beliau. 


Semangat Baru

Selepas memeluk Islam, beliau banyak belajar mengenai Islam dan semakin banyak ilmu yang beliau pelajari, semakin jatuh hati beliau dengan Islam. Hal ini mmbuatkan beliau merasakan suatu kerugian yang amat besar sekiranya keindahan Islam ini tidak dikongsi dengn orang lain. Beliau telah mnggunakan kemudahan internet dan membuka beberapa akaun sosial media untuk berkongsi dan melakukan soal jawab mngenai Islam. Alhamdulillah respon positif orang ramai yang ingin belajar mengenai Islam memberikan beliau semangat untuk menubuhkan pertubuhan dakwah Islam yang dikenali sebagai Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa atau MRM. Banyak program yang telah dilaksanakan oleh MRM antaranya adalah membimbing mualaf, street dakwah dan menyalurkan maklumat mengenai Islam kepada masyarakat umum. 

Apabila ditanya kepada beliau perbezaan kehidupannya selepas bergelar seorang muslim, beliau berkata tiada perbezaan antara semua agama sekiranya kita menilai agama itu daripada gaya hidup penganut - penganutnya. Hal ini kerana kebanyakkan kenalan Islam beliau banyak yang mengajak beliau melakukan kemaksiatan. 


Perjuangan Mesti Diteruskan

Kesimpulan: Perjuangan menegakkan syiar lebih penting daripada gaji 5 angka.

Keberkatan serta kemanisan Islam lebih memberikan kepuasan daripada gaji 5 angka.


Kini Firdaus wong dan syarikat beliau terus bersemangat untuk menyebarkan syiar Islam disamping mempertahankan Islam daripada penipuan oleh pihak - pihak yang tidak bertanggungjawab, membetulkan kesalahfahaman serta serangan ideologi baik dari orang yang belum Islam dan orang Islam itu sendiri. 


Jom tonton #digitalportraits Bro Firdaus Wong di channel Youtube NanaMie: https://youtu.be/f30ioJvBur8



Sumber:



#firdauswong #mualaf #dakwah #islam #malaysia #mrm


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ALAMAK! Kad kena telan dengan mesin ATM. Nak buat apa? (@nanamie95)

Uncle Kentang "Kenapa Dipanggil Uncle Kentang?"

KEPERLUAN & REVIEW Produk Kucing (@nanamie95)