Aku Hampir Kena SCAM di Mudah.my (@nanamie95)

Saat memerlukan wang di musim PKP tahun 2020 ini, semua insan berfikir cara untuk mencari wang tambahan. Aku? Aku cadang nak jual barang gym aku dan platform yang aku gunakan adalah di Mudah.my dan Carousell.

SILAP AKU!

Sebab terdesak nak cepat jual barang, aku letak no phone aku. 

MUDAHnya kena scam sekarang ni!

Kisah aku bermula begini...

Aku dapat Whatsapp dari sorang hamba Allah ni. Dia kata nampak iklan barang aku di Mudah.my. Macam biasa, kita akan tanya beberapa soalan lazim tentang sesuatu barang yang kita nak. 

Dia tanya dah lama ka guna? Tuan barang atau orang tengah? Kondisi barang macam mana? Minta gambar lain untuk kepastian boleh? 

Lepastu dia setuju dan tanya harga macam mana. Aku happy la sebab tak perlu tunggu lama, dah ada orang nak beli. 

Dia perkenalkan diri dia Mr. Andrew dari Singapore. Dia minta details aku untuk set up courier dan tarikh pick up barang. Syarikat courier yang dia gunakan adalah Cargo Express. Dia siap pesan kalau tiada email yang masuk, aku kena check dalam spam. Okay. Aku ikut ja.

Sambil tunggu email masuk, dia minta padamkan iklan barang aku di Mudah.my dan minta nombor akaun aku untuk transfer duit. 

Bila dah dapat email, aku tanya dia, kena balas ka email tu? Dia kata kena balas dan hantarkan screenshoot pada dia. Dah settle courier ni, dia kata nanti dia akan transfer duit pada akaun aku.

Dalam beberapa minit, dia mesej kata dah transfer. Dia minta check di email dan ikut langkah yang telah diberikan. Email aku ada keluar WARNING. Ramai orang yang pernah dapat email yang sama dan email itu telah dilaporkan sebagai BERBAHAYA. Bila dah jadi macam ni, aku dah mula rasa tak sedap hati. Firasat aku suruh aku Google nama bank yang dia emailkan pada aku. Scotia Bank. Keluar banyak kes SCAM yang netizen lain ceritakan. Bila aku buat sedikit bacaan, kesimpulan yang aku dapat ialah banyak scammers guna nama ini dan benda yang aku lalui sekarang memang sama dengan mangsa-mangsa di luar sana. 

Aku hantar screenshot warning tadi dan balas mesej dia yang aku tiada duit nak buat pembayaran seperti yang telah diminta. Sebab itu aku nak jual barang gym kesayangan aku tu. Aku tambah lagi yang kawan askar aku pun pelik dengan cara dia berurusan dengan aku. Aku terus terang kata proses jual beli tidak akan memeningkan seperti yang dia telah lakukan. 

Dia terus ugut aku. Alasan dia akan rugi duit courier dan dia akan report aku. ADA AKU KISAH?

Aku terus pergi balai polis buat report sebagai langkah keselamatan. Sampai sekarang dah tiada berita dia. 

Itu sahaja kisah aku. Kesimpulannya, BERHATI - HATI dalam melakukan urusan secara atas talian dan jangan beri maklumat seperti email dan no. telefon peribadi di media sosial.

Antara screenshot yang ada:






Ulasan

  1. mudah.my 2022 scammer list https://www.gedees.com/forum/threads/621-mudah-my-scammer-2022

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ALAMAK! Kad kena telan dengan mesin ATM. Nak buat apa? (@nanamie95)

Uncle Kentang "Kenapa Dipanggil Uncle Kentang?"

KEPERLUAN & REVIEW Produk Kucing (@nanamie95)