TOLONG! TAK DAPAT SAVE Kad Debit Baru Dalam E-Wallet (@nanamie95)

Step untuk Maybank

Salam geng. Sebelum ni aku ada share apa nak buat kalau kad debit kena telan mesin ATM. Bila dah dapat kad debit yang baru, mesti nak kena tukar dan save maklumat baru pada apps e-wallet korang kan?

Cth: Boost, Shopee, Setel dan Touch n Go

Masa loading lepas isi maklumat kad debit baru, keluar error violation of law dan sebagainya. ALAMAK! Lepastu dia minta contact bank untuk sebarang kesulitan. 

Korang tak perlu nak contact apps tersebut atau mana-mana bank ya. InsyaAllah ikut step di bawah untuk selesaikan masalah korang. Kalau tak dapat, baru contact bank ya. Hahaha..

1. Log in maybank2u dan tekan LOGO ORANG seperti di gambar.



2. Tekan butang SETTINGS.



3. Tekan pada perkataan PERSONAL.



4. Cari perkataan CARDS dan tekan.



5. Pada bahagian Manage Debit Cards, cari dan tekan DEBIT CARD E-COMMERCE ACTIVATION.



6. Tekan pada tempat yang dibulat untuk ENABLE pilihan ini.



7. Tekan bulatan seperti di gambar dan tekan YES.



8. Akhir sekali, REQUEST no tac. dan masukkan seperti biasa. 




Siap! Tahniah geng. InsyaAllah dah boleh save kad debit korang pada mana-mana apps seperti biasa. Selamat mencuba. Kongsi ilmu berguna ini pada semua ya. Terima kasih. CHEERS!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ALAMAK! Kad kena telan dengan mesin ATM. Nak buat apa? (@nanamie95)

Uncle Kentang "Kenapa Dipanggil Uncle Kentang?"

KEPERLUAN & REVIEW Produk Kucing (@nanamie95)