Uncle Kentang "Kenapa Dipanggil Uncle Kentang?"
Uncle Kentang
Uncle kentang atau nama sebenar beliau Kuan Chee Heng merupakan antara dermawan yang terkenal di Malaysia. Perwatakan yang humble, santai dan patriotik amat disenangi oleh semua lapisan msyarakat. Tapu adakah anda tahu kisah hidup beliau?
Website Kebajikan Uncle Kentang: https://unclekentang.com/
Uncle kentang bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang berada. Bahkan beliau lahir dalam sebuah keluarga penoreh getah yang hidup dalam kesusahan. Walaupun susah, keluarga beliau amat mengutamakan pelajaran. Namun begitu, atas faktor kewangan, beliau hanya mampu menamatkan pelajaran diperingkat SPM sahaja. Antara kisah sedih beliau adalah keluarga beliau sentiasa hidup dalam kelaparan. Pernah beliau dan keluarga beliau makan sayur yang dikutip setelah dibuang oleh peniaga. Persoalan kita adalah kenapa beliau mampu menjadi seorang yang amat pemurah. Isu kelaparan, tiada duit untuk bawa ahli keluarga sakit ke hospital dan pengebumian merupakan antara perkara yang beliau utamakan. Beliau tidak sanggup melihat orang lalui apa yang pernah beliau dan keluarga beliau lalui pada suatu ketika dahulu. Pengalaman beliau melihat bapa beliau sendiri meninggal dunia dan mereka tiada duit untuk melakukan majlis pengebumian amat memberikan impak yang besar dalam hidup beliau.
Prinsip / Nasihat
Antara prinsip beliau adalah semakin banyak kita sedekah, semakin banyak rezeki yang akan kita perolehi. Janganlah kita berkira dengan orang lain dan sentiasa sayangi diri sendiri untuk keluarga dan anak-anak. Jika ada yang tipu atau mengambil kesempatan atas bantuan yang telah diberikan, beliau percaya perkara itu urusan di antara orang itu dan Tuhan sendiri. Jika ada yang tertanya-tanya kenapa nama panggilan beliau adalah Uncle Kentang, hal ini kerana beliau pernah melihat orang susah yang makan nasi dan kicap sahaja. Atas pendapat rakan beliau, kentang adalah makanan yang mengenyangkan. Oleh itu, setiap kali beliau menderma, beliau akan serahkan paketxpaket yang berisi kentang.
Ulasan
Catat Ulasan